Berita Pendidikan

Program PBT Perangi Pemberi Rasuah Cetus Fenomena Di Perak

PERAK, 11 Okt - Satu Forum Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Agen Memerangi Pemberi Rasuah: Realiti atau Fantasi telah diadakan di negeri Perak yang mana forum ini menampilkan tiga panel hebat iaitu Dato' Sri Shamshun Baharin Mohd Jamil, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pencegahan SPRM; Dato' Ahmad Suaidi Abd Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan Mohd Ridzwan Abidin, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan dan Pembangunan Jabatan Kerajaan Tempatan.

Terdahulu satu sesi ceramah bertajuk Peranan PBT dalam Memerangi Pemberi Rasuah telah disampaikan oleh KPKPj Mohd Tarmize Abd Manaf, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM.

Seramai 81 orang pegawai yang terdiri daripada Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Perak hadir dalam majlis ini.

Hit : 2206