Berita Pendidikan

Projek Rintis Kedai Jujur SPRM Mampu Didik Generasi Cilik

 

PUTRAJAYA, 13 Okt - Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint 17(1) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 14(1) tampil dalam menyahut inisiatif SPRM dengan mewujudkan Kios Jujur yang mana ianya merupakan Projek Rintis Kedai Jujur SPRM.

Projek Rintis Kedai Jujur SPRM bagi fasa pertama ini melibatkan lima buah sekolah rendah dan lima buah sekolah menengah di sekitar Putrajaya. Kios Jujur ini mampu menjadi platform untuk mendidik generasi yang jujur, amanah dan tidak mengambil hak orang lain.

Hit : 2914