Berita Pendidikan

Lawatan Muhibbah Ahli Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Ke SPRM Johor

JOHOR BHARU, 8 Nov- TPj Dato' Hj Azmi Hj Alias, Pengarah SPRM Johor telah menerima lawatan daripada Mohd Nor Hj Salim, Pengerusi Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid bersama beberapa lima orang ahli jawatankuasa tertinggi Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin ke SPRM Johor pada hari ini.

PKPj Ridzuan Abd. Malik, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Johor telah memberikan taklimat integriti dan pengurusan kewangan masjid kepada rombongan.

Turut dibincangkan dalam sesi lawatan ini ialah berkenaan dengan isu-isu rasuah dan salah guna kuasa yang berkaitan dengan masjid. Rombongan juga dibawa melawat ke Kompleks Pejabat SPRM dengan mengikut prosedur dan penjarakan sosial yang telah ditetapkan.

 

Hit : 2591