Berita IBR

Sesi Rakaman Ucapan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Sempena Sambutan Hari Anti Rasuah Antarabangsa 2020

PUTRAJAYA, 8 Dis-  Satu sesi rakaman ucapan eksklusif  bersama Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia sempena Sambutan Hari Anti Rasuah (HARA) 2020  telah diadakan pada hari ini.

Ucapan beliau menyentuh mengenai pemilihan tema HARA, ‘Recover With Integrity' atau Pemulihan Berintegriti oleh pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang bertepatan dengan fasa pemulihan dan pengawalan pandemik COVID -19 di dunia termasuklah di Malaysia. Beliau menekankan kepentingan mempunyai integriti yang tinggi kerana aktiviti rasuah dan salah guna kuasa hanya akan merencatkan usaha pemulihan ekonomi negara yang sedang dibuat.

Rakaman dwi-bahasa ini bakal dimuatnaik di platform-platform media sosial rasmi SPRM mulai hari ini sehingga 9 Disember 2020.

Sesi rakaman ini diketuai oleh Puan Norizan Abu Samah, Ketua Seksyen Penerbitan bersama-sama PPs Nurul Shahida A Rashid, PPs Shaiful Azril Ab Latif dan Encik Rosman Abu Bakar dari Bahagian Pendidikan Masyarakat.

Hit : 2715