Berita Pendidikan

Kunjungan Hormat Pengarah SPRM Johor Kepada Datuk Bandar MPIP

JOHOR, 10 Dis – TPj Dato’ Haji Azmi Haji Alias, Pengarah SPRM Negeri Johor telah mengadakan kunjungan hormat kepada Dato' Haji Salehuddin bin Haji Hassan, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MPIP) bertempat di Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Johor Bharu.

Pertemuan ini membincangkan penarafan risiko bagi MPIP dengan mewujudkan Unit Integriti bagi memastikan pengurusan maklumat serta aduan disalurkan dengan lebih sistematik.

Turut hadir dalam majlis ini ialah PKPj Sheikh Hamadi Sheikh Abdul Hamid, Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Johor, PPj Haslinda Hamzah, Ketua Unit Penmas  SPRM Johor serta Puan Hajah Fazliaton binti Mohd Noor, Pegawai Tadbir MPIP.

Hit : 3188