Berita Pendidikan

Pengerusi CCPSS Pulau Pinang Zahirkan Sokongan Basmi Rasuah Melalui Kunjungan Hormat Kepada Pengarah SPRM Pulau Pinang

GEORGETOWN, 15 Dis – KPKPj Lim Bee Kean, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menerima kunjungan hormat daripada Dato’ Mohamad Anil Shah Abdullah, Pengerusi Pertubuhan Kesedaran Jenayah dan Keselamatan Awam Pulau Pinang (CCPSS) di Kompleks SPRM Pulau Pinang pagi ini.

Kunjungan ini bertujuan bagi membincangkan untuk CCPSS memohon pihak SPRM Negeri Pulau Pinang dapat memberikan penerangan kepada ahli-ahli pertubuhan CCPSS berhubungan kesalahan jenayah rasuah, salahguna kuasa dan penyelewangan memandangkan pertubuhan ini baru ditubuhkan.

Pihak CCPSS juga berharap kerjasama antara SRPM Pulau Pinang dapat diteruskan di masa hadapan dalam setiap aktiviti atau program pencegahan anjuran CCPSS.

Hit : 2742