Berita Pendidikan

Pengarah SPRM Johor Sambut Mesra Kunjungan Hormat Daripada Pengarah KPDNHEP Johor

JOHOR, 5 Jan - TPj Dato' Haji Azmi Haji Alias, Pengarah SPRM Negeri Johor telah menerima kunjungan hormat daripada Tuan Mohd Hairul Anuar Bohro, Pengarah KPDNHEP Negeri Johor.

Kunjungan hormat ini membincangkan isu daging kartel yang dipasarkan tidak memiliki sijil halal yang sah. Jesteru itu, adalah menjadi tanggungjawab bersama agensi kerajaan bagi menyiasat secara keseluruhan kes ini agar impaknya lebih besar dan baik. Dengan adanya kolaborasi bersama KPDNHEP dan beberapa agensi kerajaan lain diharap kes berkenaan daging kartel dapat diselesaikan secepat mungkin.

Turut hadir dalam kunjungan hormat ini ialah KPKPj Jamaluddin Puteh, Timbalan Pengarah Operasi SPRM Negeri Johor; PPj Norbiha Jaaf, Ketua Siasatan Negeri SPRM Johor serta Mohd Hanizam Kechek, Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri KPDNHEP Johor.

Hit : 2269