Berita Terkini

MyCC Jauhi Rasuah Dengan Lafaz IBR

KUALA LUMPUR, 26 Januari – Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) telah menjauhi rasuah dengan melafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di Dewan Utama SSM, Menara SSM hari ini.

Lafaz IBR telah dipimpin oleh Ketua Pegawai Eksekutif MyCC, Dato' Abu Samah Shahabudin dan disaksikan oleh Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat (PenMas) SPRM, Dato' Hj Abdul Samat Kasah.

Seramai 60 pegawai dan staff MyCC telah menyertai majlis tersebut.