Berita IBR

Harwood Timber Sdn Bhd Cawangan Sibu Komited Perangi Rasuah Dengan Lafaz IBR


SIBU, 10 Nov- Harwood Timber Sdn Bhd komited bersama-sama SPRM dalam memerangi jenayah rasuah dengan melafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bertempat di Ballroom Empress, Hotel Kingwood, Sibu.

Lafaz IBR diketuai oleh Encik Nazmi Suud dan  disaksikan oleh PKPs Among Jengga dari SPRM Cawangan Sibu .

Seramai 50 orang yang terdiri daripada kakitangan dari cawangan Kapit, Sarikei dan Tanjung Manis turut serta dalam majlis ini.

Hit : 1724