Berita Pendidikan

Pengarah Kastam Negeri Kedah Sahut Cabaran Tangani Rasuah Melalui Kunjungan Hormat Kepada Pengarah SPRM Negeri Kedah

ALOR SETAR, 23 Nov - Dato’ Shaharom Nizam Abd Manap, Pengarah SPRM Negeri Kedah menerima kunjungan hormat daripada Puan Azizah Kechik, Pengarah Kastam Negeri Kedah hari ini. Kunjungan ini merupakan yang pertama pengarah Kastam Negeri Kedah kepada pengarah SPRM Negeri Kedah.

Kunjungan ini bertujuan bagi mengeratkan hubungan baik dan menjalinkan kerjasama di antara kedua-dua pihak. Pengarah Kastam Negeri Kedah juga berhasrat untuk melaksanakan program-program integriti kepada warga Kastam Negeri Kedah pada masa akan datang sebagai langkah pencegahan di peringkat Kastam Negeri Kedah.

SPRM Negeri Kedah menyambut baik segala hasrat yang dinyatakan dan berharap hubungan baik ini dapat berterusan bagi tempoh masa yang akan datang.

Hit : 2956