Berita Pendidikan

Pengarah SPRM Perak Jalin Kerjasama Erat Bersama Ketua Polis Perak Melalui Kunjungan Hormat

IPOH, 2 Dis – YBhg Dato’ Haji Mohd Fauzi Haji Mohamad, Pengarah SPRM Negeri Perak mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg Datuk Mior Faridalathrash Wahid, Ketua Polis Perak di Ibu Pejabat Kontinjen Negeri Perak.

Kunjungan ini merupakan usaha murni ke arah hubungan strategik yang lebih erat bagi kedua-dua belah pihak. Turut hadir dalam pertemuan ini ialah Tuan Rosley Mohamad Satar, Timbalan Pengarah (Operasi) SPRM Perak serta pegawai dari jabatan tersebut.

Diharapkan dengan kerjasama yang terjalin ini akan meningkatkan hubungan baik antara keduanya dalam usaha menyebarluas mesej pencegahan rasuah di negeri ini.

Hit : 3236