MELAKA,10 Mac - Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR) Kolej Profesional Mara (KPM) Bandar Melaka mengambil insiatif  untuk mengumpulkan para pelajar KPM Bandar Melaka dan golongan belia yang terdiri daripada  gamers tegar di sekitar Melaka dengan mengadakan pertandingan eGames: Mobile Legends (terbuka).

Program ini berjaya mengumpulkan 16 pasukan yang terdiri 5 orang setiap kumpulan, yang mana menarik minat juga pelajar-pelajar dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Teknologi Melaka (UteM) dan Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM).

AMAR KPM Bandar Melaka telah membawa peranan penting dengan menyampaikan mesej pendidikan rasuah dan integriti di sepanjang pertandingan ini berlangsung disamping memupuk sikap para belia untuk bekerjasama dan berkomunikasi sesama sendiri dengan lebih baik, di samping mencipta gaya pemikiran yang lebih kreatif semasa bertanding.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
10
Semalam
48
Minggu Ini
153
Bulan Ini
1141

Keseluruhan
3420165