PERAK, 30 Jan- P/TPj Dato' Zainul Darus, Pengarah SPRM Perak telah membuat kunjungan hormat kepada YDh. SAC Mohd Shahar Ibrahim, Komander Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) di MES Pegawai Kanan Polis Briged Utara, PGA Ulu Kinta, Perak pada petang ini.

Antara perkara yang dibincangkan adalah perbincangan untuk melaksanakan program pertandingan menembak SPRM Perak dengan kerjasama Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) serta isu-isu semasa yang menjurus kearah pembasmian rasuah.

Turut hadir dalam kunjungan ini ialah KPKPj Rosley Mohamad Satar, Timbalan Pengarah (Operasi) SPRM Perak; Supt. Md Dali Jamil, Pegawai Pemerintah Batalion II PGA, Supt. Rosman Kasman, Pegawai Pemerintah Batalion III PGA serta pegawai-pegawai kanan SPRM.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
41
Semalam
48
Minggu Ini
293
Bulan Ini
1048

Keseluruhan
3418518