PUTRAJAYA, 12 September - Seramai 50 kakitangan daripada Pejabat DYMM Sultan Selangor yang diketuai oleh Encik Fahrin Asmawi telah mengadakan lawatan bermaklumat ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Lawatan ini bertujuan memberikan pendedahan dan meningkatkan kesedaran kepada mereka tentang kepentingan untuk mengamalkan nilai etika, integriti dalam urusan harian bagi usaha memerangi rasuah.

Rombongan dibawa melawat ke sky bridge di tingkat 11, konti MACC.fm serta Dataran Kawad SPRM di tingkat 7 untuk sesi bergambar. Program berakhir dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Ps Azmi Yusuf daripada bahagian PenMas.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
57
Semalam
57
Minggu Ini
114
Bulan Ini
956

Keseluruhan
3415463