Bintulu, 16 Oktober - Bertempat di Institut Kemahiran Mara (IKM), Bintulu, Sarawak, Program Peningkatan Integriti Dan Pencegahan Rasuah, Sekretariat Pencegahan Rasuah (SPR) Institusi Pendidikan MARA (IPMa) anjuran SPRM dengan kerjasama Majlis Amanah Rakyat (MARA) diteruskan lagi bagi Siri 5/2015 ini yang melibatkan seramai 120 orang ahli SPR Institut Kemahiran Mara (IKM), Bintulu, Sarawak.

Objektif utama program ini adalah untuk menimbulkan kesedaran tentang bahaya amalan rasuah agar generasi muda yang dididik membenci rasuah dan membesar menjadi individu yang lebih bertanggungjawab, amanah dan berintegriti.

Selain itu, ia juga sebagai satu wadah untuk menjamin kesinambungan kecemerlangan dalam segala aspek kehidupan melalui penerapan nilai-nilai murni, berintegriti tinggi serta pencegahan rasuah ke arah meningkatkan kecemerlangan rakyat Malaysia di masa hadapan.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang tiga hari dua malam program ini berlangsung. Program dikendalikan oleh Encik Mohd Firdaus bin Abd. Razak selaku Ketua Fasilitator dan dibantu oleh Fasilitator dari SPRM dan MARA.

Hari pertama telah diadakan aktiviti Indoor seperti Ice Breaking dan Debat Integriti. Bagi slot Debat Integriti ini, semua peserta didedahkan dengan video pendek berkisahkan Integriti dan pencegahan rasuah. Kemudian peserta perlu membincangkan dalam kumpulan masing-masing dan melantik seorang pembentang untuk mendebatkan isu tersebut bagi Pencadang dan Pembangkang yang dikendalikan oleh PKPs Mohd Nazri Bin Haji Ismail.

Hari kedua program turut diadakan aktiviti Outdoor Survival dan diikuti aktiviti Reflection. Sebanyak 6 Check Point disediakan bagi menguji sikap bekerjasama dan kemampuan setiap kumpulan mengharungi cabaran bagi menguji kefahaman isu-isu rasuah. Pada sebelah petangnya pula telah diadakan aktiviti Pengkongsian Ilmu/ Pengakuan yang menampilkan Encik Mohd Firdaus Bin Ramlan, mantan Majistret Kuala Krai, Kelantan yang didapati bersalah atas kesalahan jenayah rasuah dan diikuti aktiviti Kajian Kes yang mengajak peserta untuk bersama-sama dalam penyelesaian isu-isu sebanar jenayah rasuah yang dikendalikan oleh PKPs Mohd Nazri Bin Haji Ismail bersama fasilitator dari SPRM/MARA. Sebelah malam pula para peserta telah disentuh dari aspek Sahsiah Diri melalui aktiviti “Janjiku Wasiatku” yang dikendalikan oleh Ustaz Nik Mohd Sukiman Bin Nik Yusof.

Hari terakhir program dimulakan dengan sesi senaman pagi dan pembentangan serta Resolusi dan Bainding oleh peserta. Program Siri 5/2015 diakhiri dengan Majlis Perasmian Penutupan oleh Tuan Ahmad Lukman Bin Itam, Timbalan Pengarah, Hal Ehwal Akademik (HEA), IKM Bintulu, Sarawak dan penyampaian Sijil serta hadiah kepada peserta terbaik Lelaki dan Perempuan serta peserta terbaik kumpulan.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
52
Semalam
119
Minggu Ini
171
Bulan Ini
2520

Keseluruhan
3413084