• Kunjungan Hormat YARM Pahang ke SPRM Pahang

    KUANTAN,14 Februari – Pengarah SPRM Pahang, YH. TPj Dato’ Tan Kang Sai telah menerima kunjungan hormat daripada Yayasan Anti Rasuah Malaysia (YARM) Negeri Pahang yang diketuai oleh Encik Wan Emril Nizam Bin Wan Embong bersama ahli-ahli yang lain.

    Turut hadir dalam kunjungan hormat ini ialah Timbalan Pengarah (Operasi) SPRM Pahang, KPKPj Ab Muneim Bin Ibrahim; Ketua Unit Pemeriksaan dan Perundangan SPRM Pahang, PKPs Munaliza Binti Mohd Anuar; dan pegawai Unit Pendidikan Masyarakat.

    Kunjungan hormat ini bertujuan untuk memperkenalkan Ahli barisan tertinggi YARM Negeri Pahang disamping membincangkan beberapa perkara, antaranya kerjasama yang boleh diadakan antara YARM dan SPRM Pahang untuk melaksanakan program bersama bagi tahun 2017. 

    Diakhir perbincangan ini, Dato’ Tan Kang Saitelah menyatakan SPRM akan membuka ruang dan peluang kepada YARM Negeri Pahang bagi bersama-sama dalam mendidik masyarakat, manakala pihak YARM bersetuju memberikan sokongan dan komitmen tertinggi dalam usaha membanteras rasuah.

  • Majlis Menandatangani IBR Bersama Kepimpinan Daerah Rompin

    ROMPIN, 21 Februari - Kepimpinan Daerah Rompin yang diketuai olehYBhg. Tuan Mohd Zulkifli bin Hashim, Pegawai Daerah Rompin merangkap Yang DiPertua Majlis Daerah Rompin, telah melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dengan disaksikan oleh YH. Dato’ Tan Kang Sai, Pengarah SPRM Negeri Pahang pagi ini.

    Pejabat Daerah dan Tanah Rompin ialah Pejabat Daerah dan Tanah pertama Negeri Pahang yang mengambil inisiatif pencegahan rasuah dengan menandatangani dan melafaz IBR.

    Menerusi IBR, Majlis Kepimpinan Daerah Rompin memperlihatkan kesungguhan mereka untuk bersama-sama SPRM dalam mencegah jenayah rasuah dan salahguna kuasa. Ini menjadi satu pemangkin kepada Pejabat Daerah lain agar turut melafaz dan menandatangani IBR agar jentera pentadbiran di setiap daerah menjadi lebih telus serta bebas dari segala bentuk jenayah rasuah dan salahguna kuasa.

    Program dimulai dengan Ucapan Aluan daripada Tuan Zulkifli dan diikuti dengan taklimat “Pencegahan Rasuah Tanggungjawab Bersama” yang disampaikan oleh YH. Dato’ Tan Kang Sai.

    Turut hadir pada majlis ini ialah Y.B Kapt (B) Dato’ Mohd Johari Bin Haji Hussain Adun Kawasan Tioman merangkap Pengerusi Jawatankuasa Belia Dan Sukan Negeri Pahang dan YB Dato Wan Kadri Bin Wan Mahusain, ADUN Bukit Ibam, serta lebih 400 orang Kepimpinan Daerah Rompin yang terdiri daripada Ketua-Ketua Jabatan, Ahli-ahli Majlis Daerah Rompin, Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Daerah Rompin dan Jawatankuasa Perwakilan Penduduk Daerah Rompin (JPP).

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
10
Semalam
48
Minggu Ini
153
Bulan Ini
1141

Keseluruhan
3420165