SPRM Lancar Bilik Gerakan PRK N27 DUN Rantau

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini melancarkan bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada Pilihan Raya Kecil (PRK) N27Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.

Bilik gerakan PRK N27 DUN Rantau yang beroperasi 24 jam itu akan ditempatkan di SPRM Negeri Sembilan, Peti Surat 6000, Jalan Dato' Kelana Ma'amor, 70700 Seremban, Negeri Sembilan.

Selain itu, orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang aduan rasuah dan salah guna kuasa melalui emel kepada prkrantau@sprm.gov.my atau menghubungi talian 06-7639008 atau 013-5180873, faks 06-7616897.

Dalam pada itu, SPRM juga mengingatkan kepada semua calon dan parti politik yang bertanding agar tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh melanggar undang-undang dan peraturan pilihanraya selaras denganAktaSPRM 2009danAkta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan

2012).

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

PUTRAJAYA

29 MAC 2019

SPRM Lancar Bilik Gerakan PKRN27 DUN Rantau PDF
TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
11
Semalam
48
Minggu Ini
154
Bulan Ini
1142

Keseluruhan
3420166