SPRM Siasat Afidavit Hakim Mahkamah Rayuan

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah bersemuka bersama Hakim Mahkamah Rayuan, YA Datuk Dr. Hamid Sultan Abu Baker di kamar beliau di Istana Kehakiman Putrajaya hari ini bagi mendapatkan penjelasan berhubung afidavit yang dikeluarkan oleh beliau baru-baru ini.

Dalam pertemuan tersebut, tiada sebarang rakaman percakapan diambil oleh SPRM dan YA Datuk Dr. Hamid Sultan telah mencadangkan agar satu pasukan petugas khas ditubuhkan ke arah mewujudkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).

SPRM akan mengkaji terlebih dahulu maklumat daripada afidavit tersebut dan akan meneruskan siasatan sekiranya ia mempunyai asas berkaitan isu rasuah dan salah guna kuasa mengikut peruntukan undang-undang yang termaktub dalam Akta SPRM 2009.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berasas mengenai perkara yang dinyatakan dalam afidavit berkenaan diminta agar melaporkan dan menyalurkan maklumat terus kepada pejabat SPRM terdekat. Setiap pemberi maklumat akan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

PUTRAJAYA

18 FEBRUARI 2019

 

  SPRM Siasat Afidavit Hakim Mahkamah Rayuan PDF

 

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
3
Semalam
49
Minggu Ini
103
Bulan Ini
953

Keseluruhan
3416872