SPRM Siasat Dakwaan Wang RM90 Juta Daripada 1MDB

SUSULAN dakwaan wang sebanyak RM90 juta yang disyaki daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dikatakan dimasukkan ke dalam akaun beberapa pemimpin PAS, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah menerima laporan yang disalurkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM)semalam.

Satu laporan polis oleh orang awam telah dibuat kepada PDRM, dan pihak PDRM telah merujuk laporan tersebut kepada SPRM.

Sehubungan itu, SPRM akan memulakan siasatan berdasarkan kuasa dan undang-undang yang diperuntukkan kepada suruhanjaya ini.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA

6 FEBRUARI 2019

 

SPRM Siasat Dakwaan Wang RM90 Juta Daripada 1MDB PDF
TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
11
Semalam
48
Minggu Ini
11
Bulan Ini
895

Keseluruhan
3424524