SPRM Tidak Hantar Surat Tutup Kes

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin menegaskan suruhanjaya ini tidak pernah menghubungi mana-mana pihak menerusi surat bagi menutup sebarang kes rasuah.

Ini berikutan SPRM telah menerima banyak aduan daripada orang awam yang terpedaya dengan surat palsu tersebut sejak kebelakangan ini.

Sehubungan itu, orang ramai yang menerima sebarang surat yang meragukan dinasihatkan untuk mendapatkan pengesahan daripada mana-mana pejabat SPRM terdekat menerusi talian 1-800-88-6000

dan alamat yang dipaparkan di portal rasmi www.sprm.gov.my.

SPRM juga berharap orang ramai lebih peka dan berkongsi maklumat ini bersama masyarakat di sekeliling supaya tidak terpedaya dengan surat palsu tersebut.

DATUK SERI AZAM BAKI
TIMBALAN KETUA PESURUHJAYA (OPERASI)
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA

29 JANUARI 2019

SPRM Tidak Hantar Surat Tutup Kes PDF
TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
11
Semalam
48
Minggu Ini
11
Bulan Ini
895

Keseluruhan
3424524