SPRM Dapat Izin Mendakwa Mohd. Najib Dan Arul Kanda

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara bagi menuduh bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd. Najib Razak serta bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy di mahkamah esok.

Kedua-dua mereka bakal menghadapi pertuduhan bersama berhubung kes pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB. Namun begitu, bacaan pertuduhan tersebut akan dilakukan di Mahkamah Sesyen berasingan di Kompleks Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 12 Disember 2018, jam 8.00 pagi.

SPRM sebelum itu telah menahan Mohd. Najib pada Isnin lalu, 10 Disember 2018 bagi melengkapkan proses akhir siasatan. Beliau kemudian dilepaskan dengan jaminan SPRM pada hari sama.

Manakala Arul Kanda pula ditahan pada jam 10.32 pagi hari ini ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya bagi tujuan sama.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
11 DISEMBER 2018

 

SPRM Dapat Izin Mendakwa Mohd. Najib Dan Arul Kanda   PDF
TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
58
Semalam
119
Minggu Ini
177
Bulan Ini
2526

Keseluruhan
3413090