Musa Ditahan Untuk Pendakwaan

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman berhubung siasatan kes rasuah setelah SPRM mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara, hari ini.

Penahanan itu dibuat pada jam 10.05 pagi di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

Susulan itu, Musa akan menghadapi beberapa pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Rasuah (APR) 1997.

Musa akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 5 November 2018, jam 2.00 petang ini untuk pertuduhan tersebut.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA

5 NOVEMBER 2018

 Musa Ditahan Untuk Pendakwaan PDF
TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
53
Semalam
119
Minggu Ini
172
Bulan Ini
2521

Keseluruhan
3413085