SPRM Ucap Takziah Kepada Enam Anggota Bomba

SELURUH warga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menzahirkan ucapan takziah kepada semua ahli keluarga enam anggota Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia yang terkorban dalam misi menyelamatkan mangsa lemas di Tasik Putra Puchong, Selangor semalam.

Kesemua mangsa merupakan wira negara yang sanggup berkorban nyawa demi memikul amanah dan tanggungjawab terhadap negara untuk kesejahteraan rakyat.

Kami mendoakan agar roh kesemua mangsa ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI'UN.

Al-Fatihah.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
4 OKTOBER 2018

SPRM Ucap Takziah Kepada Enam Anggota Bomba  PDF
TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
56
Semalam
57
Minggu Ini
113
Bulan Ini
955

Keseluruhan
3415462