KUANTAN, 12 April 2019 – Pengarah SPRM Negeri Pahang, TPj Mohamad Fauzi Husin telah membuat kunjungan hormat ke atas YB. Dato’ Sri Haji Ishak Haji Muhamad, Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri Pahang di Kamar Yang DiPertua Dewan, Wisma Sri Pahang, Kuantan.

Fokus utama perbincangan adalah mengenai perancangan Majlis Lafaz Ikrar Dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Bersama Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang (EXCO) Dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pahang serta meningkatkan lagi kerjasama dan silaturrahim di antara pihak SPRM Negeri Pahang dan Kerajaan Negeri Pahang dalam usaha membanteras dan mencegah rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan di kalangan ahli-ahli politik Kerajaan Negeri Pahang.

Turut hadir dalam kunjungan hormat ini adalah Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Negeri Pahang, PPj Sheikh Hamadi Sheikh Abdul Hamid dan Tuan Syed Ahmad Khirulanwar Alyahya Syed Abdul Rahman, Setiausaha Bahagian Dewan Negeri Pahang.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
42
Semalam
48
Minggu Ini
294
Bulan Ini
1049

Keseluruhan
3418519