MELAKA, 10 April – Usahasama Institut Pengurusan Melaka dan Integriti Melaka (INSPIM) bersama SPRM Melaka dengan mengadakan seminar berimpak tinggi yang melibatkan dua orang tokoh yang disegani iaitu Datuk Dr. Anis Yusal Yusoff, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar & Strategik) Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Negara (GIACC) dan TKPj Dato' Shamshun Baharin Mohd Jamil, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM telah diadakan pada hari ini.

Seramai 130 orang peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai daripada pengurusan tertinggi di sektor awam mahupun swasta telah menyertai seminar ini. Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP): Satu Bicara Baharu dan MS ISO 37001:2016 (Anti Bribery Management System) - Memperkukuh Benteng Integriti telah didedahkan kepada peserta.

Pendedahan info sebegini dapat memperkukuhkan sistem kawalan dalaman organisasi secara sukarela bagi mengesan, mencegah, mengendalikan, menguatkuasa, menilai serta menambahbaik langkah pengurusan anti-rasuah secara berkesan.

Seksyen 17A Akta SPRM 2009 (Liability Corporate) serta penubuhan Integrity and Governance Unit (IGU) juga telah diberikan kepada peserta agar ianya dapat dijadikan sebagai instrumen untuk membanteras jenayah rasuah dengan lebih efisien.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
42
Semalam
48
Minggu Ini
294
Bulan Ini
1049

Keseluruhan
3418519