PUTRAJAYA, 12 Mac - Mesyuarat Asia-Pacific Economic Cooperation Anti-Corruption and Transparency Experts’ Working Group (APEC ACTWG) kali ke-28 telah diadakan pada 27 Februari – 2 Mac 2019 di Santiago, Chile.

Mesyuarat selama empat hari ini telah dihadiri oleh wakil-wakil dari 21 buah negara  Asia Pacifik dan wakil dari United Nations Office on Drugs and Crime (UNODC), United Nations Development Programme (UNDP), World Bank dan Transparency International (TI).

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki selaku Naib Pengerusi (Vice Chair) mesyuarat ini telah membuat pembentangan berkaitan perkembangan terkini mengenai inisiatif-inisiatif dalam pencegahan rasuah yang telah dijalankan dan juga status terkini mengenai pematuhan Malaysia ke atas United Nations Convention against Corruption (UNCAC) dan Beijing Declaration. Di samping itu juga, pembentangan mengenai APEC Project 2020 iaitu Concept Note yang bertajuk “Symposium on Gender Mainstreaming and Women Empowerment to Fight Corruption” turut dikongsi di Mesyuarat tersebut yang disampaikan oleh PsK Hong Chin Chin dari Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan (BDPP).

Beberapa perkara lain yang dibincangkan adalah mengenai perancangan Chile bagi tahun 2019 termasuk mendapatkan pengesahan Multi-Year Strategic Plan 2013 – 2021, 15 Years Statement Proposal, ACTWG Work Plan 2019 dan Kolaborasi Cross-Fora.

Dalam pada itu, delegasi SPRM turut menghadiri Bengkel “Digital Government, Integrity Policies and Corruption Prevention Mechanisms in APEC Economies”. Bengkel ini memfokuskan mengenai perkongsian amalan baik oleh kerajaan dalam melaksanakan undang-undang, dasar, inisiatif untuk melaksanakan program integriti dalam sektor awam dan meningkatkan ketelusan melalui prosedur elektronik.

Selain itu, delegasi SPRM turut menghadiri Mesyuarat Cross-Fora yang dianjurkan oleh Chile dengan kerjasama Sub-Fora, APEC yang lain seperti Custom Procedure and Corruption, Policy Partnership on Women and the Economy Working Group dan Small and Medium Enterprises Working Group (SMEs).

Malaysia selaku Naib Pengerusi bagi mesyuarat ini dan akan menjadi Pengerusi serta hos bagi tahun 2020 turut dijemput untuk menghadiri Mesyuarat “Friends of the Chair (FOTC)” yang dipengerusikan oleh wakil tuan rumah iaitu Chile dan wakil dari Amerika Syarikat, Australia, Kanada dan Vietnam.

Malah, pihak SPRM telah menyatakan akan memberikan komitmen yang penuh kepada Chile dalam menjayakan mesyuarat berikutnya yang akan diadakan pada Ogos tahun ini bagi memastikan isu-isu berkaitan rasuah terus menjadi agenda perbincangan dalam kumpulan ini.

Turut hadir Pengarah BDPP, Dato’ Nor Azmi Karim.

 

 

 

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
2
Semalam
49
Minggu Ini
102
Bulan Ini
952

Keseluruhan
3416871