TLDM Menerima Baik Syor SPRM Elakkan Ketirisan Di Dalam Dokumen Kontrak

 

Putrajaya, 27 Dis. – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerima baik cadangan penambahbaikan berhubung Kontrak Perkhidmatan Memotong Rumput dan Mencuci Longkang di Sektor B (Zon 1) yang bernilai RM1.9juta yang boleh membuka ruang dan peluang berlakunya rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

Keputusan ini dicapai bersama di dalam satu sesi khidmat nasihat yang telah dilaksanakan oleh Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan (BPMP) SPRM di Markas Pangkalan Lumut pada 20 Disember lalu.

Sesi tersebut telah dipengerusikan oleh Komander Pengkalan Lumut, Laksmana Pertama Roslan Mohamad dan turut serta dalam sesi ini ialah Ketua Staff Markas Pangkalan Lumut, Kapten Ahmad Nazree Abu Hassan; KPSU Unit Laut Bahagian Pembangunan Kementerian Pertahanan Malaysia, Encik Ahmad Syukri Abdul Hamid dan pegawai kanan TLDM.
Sebanyak lima cadangan penambahbaikan telah dibentangkan bagi menangani tuntutan palsu dan ketirisan wang kerajaan dalam pengurusan kontrak perkhidmatan memotong rumput dan mencuci longkang.

Kapten Ahmad Nazree menerima baik semua cadangan tersebut terutamanya mekanisma pengukuran prestasi kontraktor dalam memberikan perkhidmatan agar tidak mudah berlakunya ketirisan dan tuntutan palsu.

Mekanisma pengukuran prestasi ini telah dibuat di Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dimana denda kesalahan yang lebih spesifik dikenakan kepada kontraktor dinyatakan didalam kontrak.

Pihak SPRM memuji langkah proaktif TLDM dalam menambahbaik Borang Pengesahan Kerja bagi tujuan pemantauan sebagai usaha mengelakkan berlakunya tuntutan palsu dan ketirisan wang.

Turut hadir Pengarah BPMP, Datuk Abd. Aziz Aban; Timbalan Pengarah, Mohd Nor Ali dan pegawai-pegawai kanan BPMP.

 

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
54
Semalam
119
Minggu Ini
173
Bulan Ini
2522

Keseluruhan
3413086