SEREMBAN, 8 Nov -  Berlangsung hari ini Program Tea Talk anjuran SPRM Negeri Sembilan bersama Ketua-Ketua Jabatan Negeri Sembilan bertempat di Kelana Resort.

Program yang diadakan secara santai dan di kendalikan oleh Pengarah SPRM Negeri Sembilan, KPKPj Hairuzam Mohmad Amin@Hamim bersama Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat, TPj Tuan Ruslan Tuan Mat.

Objektif program adalah membincangkan isu-isu integriti dan tadbir urus di kalangan jabatan-jabatan kerajaan di Negeri Sembilan dalam usaha memerangi jenayah rasuah. Turut di bentangkan adalah halatuju dalam memastikan kerjasama yang lebih akrab dan berterusan di kalangan agensi bersama SPRM.

Turut hadir adalah Encik Khidir Majid, Pegawai Kewangan Negeri Sembilan, Dato’ Shohibus Samahah Haji Mohd Yusof Haji Ahmad, Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Encik Muhamad Nahar Hj Mohd Sidek, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan (Pembangunan), Pengarah-pengarah dan wakil-wakil pengarah di Negeri Sembilan.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
54
Semalam
119
Minggu Ini
173
Bulan Ini
2522

Keseluruhan
3413086