Jawatankuasa Aduan

Jawatankuasa ini dibentuk secara perundangan mengikut seksyen 15 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan pelantikan mereka dibuat oleh Menteri.

Terma Rujukan Jawatankuasa Aduan

  • Aduan/Maklumat adalah dirahsiakan di bawah Seksyen 7, 8 dan 9 Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010;

  • Sebarang Aduan/Maklumat kepada Bahagian Integriti Dan Pengurusan Prestasi akan diambil tindakan sewajarnya sekiranya ada asas;

  • Aduan/Maklumat anda akan dipantau oleh Jawatankuasa Aduan, sebuah jawatankuasa bebas seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 15 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009; dan

  • Sekiranya Aduan/Maklumat berbentuk Surat Layang ke atas mana-mana Pegawai SPRM tidak akan dilayan.

Keanggotaan Jawatankuasa Aduan

1. Tan Sri Datuk Amar Wilson Baya Dandot (Pengerusi)

2. Dato’ Ahmad Bin Said

3. Datuk Muhammad Hatta bin Abd. Aziz

4. Puan Hajah Rohani Binti Abdul Kadir

 

Ketua Cawangan Aduan Dan Pengurusan Rekod,
Bahagian Integriti Dan Pengurusan Prestasi,
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia,
Peti Surat 6000,
Aras 12, Blok A,
No. 2, Lebuh Wawasan
Presint 7,
62250 Putrajaya.
E-mel: aduan.bipp@sprm.gov.my
Tel: +603-8870 0048
Faks: +603-8890 0752

TOP

Visitor Statistic


Today
29
Yesterday
55
Week
252
Month
200

All
3448050