Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyambut baik dan mengucapkan tahniah atas pelantikan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Paul Low Seng Kuan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam barisan Kabinet 2013 yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak hari ini.

Sesungguhnya pelantikan Presiden TI-M ini sesuatu yang positif  dalam usaha kerajaan meningkatkan integriti dan memerangi jenayah rasuah serta urus tadbir  lebih baik.

Pelantikan Datuk Paul Low sebagai salah seorang daripada lapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri juga mencerminkan keseriusan pihak kerajaan,yang baru-baru ini mengulangi komitmen untuk memerangi jenayah rasuah.

SPRM juga melihat penegasan semula perkara itu oleh YAB Perdana Menteri hari ini menunjukkan komitmen berterusan ke arah urus tadbir baik di negara ini.

Akhirnya, SPRM yakin pembentukan barisan Kabinet Kerajaan Persekutuan kali ini sebagai satu kesinambungan usaha bagi menyediakan khidmat lebih baik kepada rakyat.

Diharap perlantikan barisan Kabinet baru ini dapat memberi perhatian terhadap cadangan serta langkah-langkah serta cadangan yang telah diberikan oleh Jawatankuasa Khas Mencegah  Rasuah dan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah sebelum ini, antaranya pembentukan Suruhanjaya Perkhidmatan SPRM.

Oleh : Dato’ Sri Abu Kassim Mohamed
Ketua Pesuruhjaya
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

TOP

Visitor Statistic


Today
19
Yesterday
47
Week
162
Month
813

All
3427424