Melaka, 24 Februari - Seramai 71 pelajar semester 3 Diploma Pengajian Perniagaan Politeknik Merlimau bersama 4 pensyarah berkunjung ke Pejabat SPRM Melaka hari ini.

Rombongan kemudian mengikuti tayangan video 48 Tahun SPRM sebelum mengikuti taklimat yang disampaikan oleh PkPj Ramli bin Ismail, Pengarah SPRM Melaka.

Menerusi taklimat tersebut PkPj Ramli berkata, golongan belia ataupun pelajar mempunyai segala potensi untuk berperanan sebagai ejen perubahan membanteras gejala rasuah dalam masyarakat. Antara peranan yang boleh dimainkan oleh golongan pelajar adalah memperkaya dan memperkasakan integriti dalam masyarakat.

Lawatan berakhir dengan sesi bergambar dan kunjungan ke galeri serta sekitar pejabat SPRM Melaka.

TOP

Visitor Statistic


Today
22
Yesterday
48
Week
118
Month
367

All
3440423