Pegawai tertinggi entiti pencegahan rasuah di negara ini, Tan Sri Abu Kassim Mohamed pernah memberi peringatan kepada pemimpin di negara ini supaya bersedia untuk disiasat sekiranya mahu bergelar pemimpin.

Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu mengeluarkan kenyataan berkenaan ketika diwawancara oleh sebuah akhbar tempatan tidak berapa lama dahulu.

Abu Kassim ketika ditemuramah di saluran radio kendalian Suruhanjaya ini MACC FM, menegaskan beliau tidak membuat kenyataan berkenaan secara sembarono, sebaliknya beliau mengambil contoh daripada beberapa kes siasatan SPRM membabitkan pemimpin negara ini.

"Bila menjadi ahli politik, mereka terdedah dengan perbuatan rasuah, tohmahan dan aduan. Apabila terdedah dengan tohmahan SPRM haruslah siasat.Jadi mereka haruslah mengalu-alukan siasatan tersebut kerana ini (tindakan menyiasat) menyumbang kepada persepsi.

"Pemimpin yang punya kuasa bersedialah berhadapan dengan tohmahan kerana itu sebahagian dari risiko kerjaya mereka.Tetapi isunya sekarang, siasatan SPRM dimanipulasi sebagai alat politik.

"Itu sebabnya kita nasihati pemimpin bahawa penting untuk tingkatkan ketelusan. Kerana lagi tinggi ketelusan mungkin kurang tohmahan yang akan dibuat," katanya.

Mengambil contoh negara Korea Selatan yang mana pihak berkuasa tempatan di Seoul pernah berdepan dengan banyak tohmahan berkaitan aspek perolehan, tetapi berjaya menangani perkara tersebut apabila menggunapakai prinsip ketelusan yang tinggi dalam sistemnya.

TOP

Visitor Statistic


Today
17
Yesterday
48
Week
113
Month
362

All
3440418