, 24 Ogos 2013 - Bertemakan “Belia Tolak Rasuah, Anak Muda Merdeka”, SPRM Negeri Selangor dengan usahasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor telah menganjurkan Sambutan Hari Belia Antarabangsa Peringkat Negeri Selangor 2013 bertempat di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam.

Satu program khas ‘Pertandingan Pidato Pencegahan Rasuah Piala Dato’ Pengarah SPRM Negeri Selangor’ anjuran SPRM Negeri Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah diadakan dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. SPRM juga membuka booth pameran pencegahan rasuah sekaligus memberi peluang kepada para pengunjung untuk mengajukan pelbagai persoalan secara langsung kepada pegawai-pegawai SPRM. Pelbagai risalah dan juga bahan kempen seperti buku nota, pen, mug telah diedarkan.

Perasmian program telah disempurnakan oleh Menteri Besar Selangor, YB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Dianggarkan lebih 5,000 pengunjung telah berkunjung ke program ini yang bermula seawal jam 7.00 pagi sehingga 12.00 tengah malam. Program ini juga dipenuhi dengan pelbagai pengisian menarik dan berunsur ilmiah seperti Sembang Santai bersama SPRM, JAIS, pakar sakit tuan, Dr Ismail Tambi, Ustaz Zulkifli Ahmad dan selebriti terkenal, Afdlin Shauki.

Dengan adanya beberapa aktiviti menarik ini dapat meningkatkan lagi tahap kesedaran orang ramai dalam usaha untuk menyebarluas mesej anti rasuah kepada belia agar ‘tolak rasuah’ kerana golongan ini merupakan pewaris kepimpinan negara pada masa hadapan. Selain itu, program ini juga secara tidak langsung dilihat sebagai satu platform terbaik SPRM untuk menjalin hubungan baik dengan golongan belia. Turut diadakan pada sambutan sehari itu antaranya adalah acara sukan Paintball, Walk Hunt, Cycling Hunt, Basketball 3 0n 4, Klinik Bola Sepak, Pertandingan Catur, Pertandingan Blast of the Band dan Pertandingan Dekorasi Cup Cake dan Kraft Fabrik Felt.

Secara keseluruhannya, koloborasi di antara SPRM dan Kerajaan Negeri Selangor ini menunjukkan usaha-usaha SPRM dalam mencegah rasuah mula mendapat sokongan dan kerjasama daripada agensi-agensi lain. Di samping itu, melalui sokongan yang ditunjukkan juga dapat meningkatkan lagi keyakinan dan kepercayaan masyarakat terhadap agenda pencegahan rasuah di negara ini.

TOP

Visitor Statistic


Today
3
Yesterday
47
Week
144
Month
50

All
3435763