Kota Kinabalu, 9 Disember 2014 – SPRM Negeri Sabah telah menganjurkan Persidangan Anti Rasuah Negeri Sabah 2014 sempena sambutan Hari Anti Rasuah Sedunia bertempat di Hotel Grand Borneo, Kota Kinabalu.

Objektif penganjuran program ini adalah untuk mendapat dan mengekalkan sokongan serta kerjasama masyarakat untuk bersama SPRM dalam memerangi rasuah.

Seramai 340 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dari agensi kerajaan persekutuan dan negeri, pihak swasta, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), pelajar dari institusi pengajian tinggi.

Sebanyak tiga kertas kerja telah dibentangkan sepanjang persidangan ini berlangsung. Kertas kerja bertajuk “Sokongan Rakyat Nadi Perangi Rasuah” telah dibentangkan oleh Presiden United Sabah Bajau Organization (USBO) YB Datuk Seri Panglima Mohd Salleh Bin Tun Said.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan pembentangan kertas kerja oleh Ustaz Nik Mohd Sukiman Bin Nik Yusuf bertajuk “Duit Kopi Pemusnah Akhlak” manakala kertas kerja terakhir bertajuk “Peranan Pemimpin Dalam Memerangi Rasuah” dibentangkan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Haji Mustafar Bin Haji Ali.

Sementara itu, pameran pencegahan rasuah juga turut diadakan di ruang legar dewan dan turut disertai oleh Sekretariat Pencegahan Rasuah Universiti Malaysia Sabah (SPR UMS).

TOP

Visitor Statistic


Today
17
Yesterday
48
Week
256
Month
256

All
3438858