Labu, 15 Februari – Buat pertama kalinya, SPRM dengan kerjasama Transparency International – Malaysia (TI-M) telah menganjurkan Majlis Penerangan dan Sesi Dialog “Bersuara Menentang Rasuah” Bersama Penduduk Kampung Orang Asli Tekir, Labu, Negeri Sembilan.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat orang asli berkaitan jenayah rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memperkenalkan Transparency International – Malaysia (TI-M) kepada masyarakat orang asli.

Dianggarkan lebih 100 orang masyarakat orang asli menghadiri majlis ini. Majlis bermula dengan ucapan oleh Ketua Kampung dan seterusnya oleh Dr. Muhammad Mohan, ahli Exco TI-M. Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan oleh Mr. Rob Stewart, wakil Kedutaan Tinggi Kanada serta ucapan aluan oleh KPKPj Abdul Samat Bin Kasah, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat.

Sesi tayangan video bertajuk Pengenalan Talian Bebas Tol TI-M turut ditayangkan kepada masyarakat orang asli. Di samping itu, ‘Sesi Selari’ iaitu pertandingan mewarna untuk kanak-kanak juga diadakan. Satu taklimat bertajuk Pengenalan Kepada SPRM telah disampaikan oleh Penguasa Kanan Celemans Bin Haji Kasim dari Bahagian Pendidikan Masyarakat. Sesi soal jawab turut diadakan di penghujung taklimat.

TOP

Visitor Statistic


Today
16
Yesterday
48
Week
255
Month
255

All
3438857