• Siasatan SPRM Tidak Halang Pembekalan Baju Kalis Api Bomba

    Siasatan SPRM Tidak Halang Pembekalan Baju Kalis Api Bomba

    SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah melakukan siasatan berhubung pembekalan baju kalis api oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi tahun 2016 seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar tempatan hari ini.

    Ketika ini, proses siasatan hampir selesai. SPRM hanya menunggu keterangan daripada United Kingdom yang dipohon melalui Bantuan Perundangan Bersama (MLA).

    SPRM telah menghantar contoh baju kalis api yang dibekalkan oleh kontraktor ini kepada Jabatan Kimia dan mengesahkan baju ini tidak selamat digunakan kerana tidak mengikut standard yang telah ditetapkan oleh JBPM.

    SPRM ingin menegaskan bahawa siasatan yang dijalankan oleh SPRM tidak menghalang atau menyekat perolehan atau pembelian oleh JBPM.

    Sekiranya timbul sebarang keraguan berhubung isu ini, JBPM boleh menghubungi SPRM.

     

    SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
    PUTRAJAYA

    15 JANUARI 2019

     

      Siasatan SPRM Tidak Halang Pembekalan Baju Kalis Api Bomba PDF

     

  • Siasatan SPRM Profesional Dan Patuhi SOP

     Siasatan SPRM Profesional Dan Patuhi SOP

     

    SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyangkal dakwaan kononnya SPRM telah menerima arahan untuk 'membutakan mata' terhadap bukti serta mengugut saksi dalam siasatan kes melibatkan seorang pegawai kanan Lembaga Tabung Haji.

    Ingin ditegaskan bahawa SPRM sentiasa bersikap profesional dan mengikut ‘rule of laws’ semasa menjalankan siasatan tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Tangkapan atau penahanan yang dilakukan SPRM bertujuan untuk membantu siasatan berdasarkan asas-asas kukuh.

    SPRM sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP), undang-undang dan peraturan yang ditetapkan semasa menjalankan siasatan dengan telus, bebas dan profesional tanpa memihak kepada mana-mana individu atau organisasi demi membersihkan negara ini daripada jenayah rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

    Perbuatan mengeluarkan kenyataan oleh mana-mana pihak atau individu berhubung kes yang sedang disiasat boleh mengganggu dan menjejaskan perjalanan siasatan yang juga seolah-olah memaksa SPRM mendedahkan hasil siasatan kepada masyarakat.

    SPRM tidak akan membuat sebarang pendedahan terhadap hasil siasatan dan hanya akan menyerahkan kertas siasatan yang lengkap kepada Jabatan Peguam Negara selaku Pendakwa Raya bagi membuat keputusan secara profesional.

    SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
    PUTRAJAYA

    20 DISEMBER 2018

     

      Siasatan SPRM Profesional Dan Patuhi SOP PDF
  • SPRM Buka 6 Kertas Siasatan Berkaitan Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang

     

    SPRM Buka 6 Kertas Siasatan Berkaitan Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang

    SUSULAN isu siasatan kes terowong dasar laut Pulau Pinang yang dibangkit baru-baru ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah membuka sebanyak enam kertas siasatan berkaitan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

    Kertas siasatan pertama telah dibuka pada Julai 2017 manakala lima lagi kertas siasatan dibuka pada Januari 2018.

    Sebanyak lima kertas siasatan telah selesai dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya. Tiga kertas siasatan telah dikembalikan kepada suruhanjaya ini untuk siasatan lanjut, manakala dua lagi masih dalam kajian Timbalan Pendakwa Raya. Selebihnya, masih dalam siasatan SPRM.

     

    SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

    PUTRAJAYA

    4 MAC 2019

     SPRM Buka 6 Kertas Siasatan Berkaitan Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang   PDF

     

  • SPRM Kesan Dua Individu Bantu Siasatan

     

    SPRM Kesan Dua Individu Bantu Siasatan

     SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini sedang mengesan dua individu bagi membantu siasatan kes SPRM.

     Individu terbabit ialah Mohd Hafiz Yusoff, 45, pemegang kad pengenalan bernombor 710309-02-5019. Alamat terakhir Hafiz ialah di Nombor 20, Jalan Nilam 1, Taman Sri Nanding, Hulu Langat, Selangor. Manakala alamat keduanya di Blok F, Tingkat 3, Kiambang Apartment Putra Perdana Puchong dan alamat ketiga di F 339 Felda Pasoh 1, Simpang Pertang Jelebu Negeri Sembilan.

    Hafiz merupakan bekas eksekutif di syarikat milik negeri Selangor.

    Individu kedua yang sedang dikesan ialah Wan Ahmad Don, 47, pemegang kad pengenalan bernombor 690129-09-5073. Alamat terakhir Wan Ahmad ialah di Nombor 91, Kg. Padang Siding, Jalan Kubur Besar , Pauh, Arau Perlis.

    Sehubungan itu, SPRM meminta sesiapa yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai Hafiz menghubungi Pegawai Penyiasat, Ps. Rosnizam Mansor di talian 019-6001038 atau emel rosnizam@sprm.gov.my atau hadir ke pejabat SPRM yang berhampiran.

     Manakala bagi yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai Wan Ahmad, diminta menghubungi Pegawai Penyiasat PPs Hani Marwan Hamim di talian 04-9761982/013-6924841 atau PKPs E Mey a/p E Boon Him di talian 04-9761982/012-5787691 atau emel hani.hamim@sprm.gov.my atau emey@sprm.gov.my.

     

    SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

    PUTRAJAYA

    24 APRIL 2016

      PDF
  • 16 Pegawai, Anggota Polis Disiasat SPRM Didakwa

    16 Pegawai, Anggota Polis Disiasat SPRM Didakwa

     

    Seramai 16 pegawai dan anggota polis pelbagai pangkat di empat buah negeri yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didakwa di mahkamah berasingan atas tuduhan menerima rasuah, hari ini.

    Mereka yang dituduh merupakan seorang Deputi Supritenden, dua Asisten Supritenden, dua Inspektor dan selebihnya pelbagai anggota berpangkat rendah.

    Lapan daripada mereka dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, empat di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, tiga di Mahkamah Sesyen Shah Alam dan seorang di Mahkamah Sesyen Georgetown.

    Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16 dan 17 Akta SPRM dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta sama yang boleh membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun denda 10,000 atau lima kali ganda nilai suapan mengikut mana-mana lebih tinggi.

    SPRM ingin menegaskan tidak ada mana-mana pihak yang terkecuali daripada siasatan SPRM termasuk agensi penguatkuasaan jika mereka didapati terlibat dalam perbuatan rasuah.

    Agensi-agensi penguatkuasaan ini merupakan harapan masyarakat untuk melindungi mereka daripada sebarang ancaman jenayah selain menjaga keamanan dan ketenteraman negara ini.

    SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

    PUTRAJAYA

    9 MAC 2017

     16 Pegawai, Anggota Polis Disiasat SPRM Didakwa PDF
  • Abdul Azeez Dan Abdul Latif Ditahan Untuk Pendakwaan

    Abdul Azeez Dan Abdul Latif Ditahan Untuk Pendakwaan

    SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini telah menahan Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim bersama abangnya, Datuk Abdul Latif Abdul Rahim berhubung siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram setelah SPRM mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara.

    Kedua-duanya ditahan pada jam 4.30 petang ketika hadir ke Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

    Susulan itu, kedua-duanya akan dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 16 Januari 2019, jam 9.00 pagi mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

     

    SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
    PUTRAJAYA

    15 JANUARI 2019

     

     Abdul Azeez Dan Abdul Latif Ditahan Untuk Pendakwaan PDF
  • Anggota Badan Bebas SPRM Dilantik Hari Ini

    Anggota Badan Bebas SPRM Dilantik Hari Ini

    PELANTIKAN Seramai 20 anggota badan bebas yang memantau perjalanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) iaitu Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) dan anggota Panel Penilaian Operasi (PPO) telah berkuat kuasa bermula 15 Ogos 2016.

    Daripada 20 anggota tersebut, 13 merupakan anggota PPPR manakala selebihnya dilantik sebagai anggota PPO.

    Pelantikan anggota bagi kedua-dua badan bebas itu terdiri daripada pemimpin-pemimpin badan profesional dan pertubuhan bukan kerajaan; golongan profesional; ahli-ahli akademik serta bekas pegawai tertinggi kerajaan dan mereka dilantik secara pentadbiran di bawah Akta SPRM 2009.

    Tempoh pelantikan anggota bagi PPPR dan PPO adalah selama setahun berkuat kuasa hari ini sehingga 14 Ogos tahun depan.

    Berikut senarai penuh ahli-ahli yang menerima watikah pelantikan:

    Ahli-Ahli PPPR bagi sesi 15 Ogos 2016 - 14 Ogos 2017

    1. YBhg. Tan Sri Ismail Adam (Pengerusi)

    Mantan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam

     

    2.YBhg. Dato’ Wan Mohamad Bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz,

    Mantan Ketua Pengarah JAKIM

    3.YBhg. Profesor Emeritus Dato’ Dr. Mohd Sham bin Mohd Sani,

    Mantan Naib Canselor, Universiti Kebangsaan Malaysia

     

    4. YBhg. Tan Sri Profesor Dato’ Dr. T. Marimuthu,

    Profesor Adjung di Asia e University

     

    5. YBhg. Tan Sri Tang Yeam Soon,

    Pengarah Urusan, The Store Corporation Berhad

     

    6.YBhg. Dato’ V. Danapalan,

    Mantan Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (MOSTI)

     

    7. YBhg. Datuk Hasmi bin Hasnan,

    Pengasas Naim Land Sdn. Bhd.

     

    8. YBhg. Datin Dr. Amla binti Hj. Mohd Salleh,

    Karyawan Tamu di Fakuliti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia

     

    9. YBhg. Datuk Baljit Singh Sidhu,

    Peguambela & Peguamcara di Shukor Baljit & Partners

     

    10. YBhg. Datuk Abdul Aziz Ishak,

    Ketua Pengarang Kumpulan, Utusan Melayu (Malaysia) Bhd.

     

    11. YBhg. Datuk Yusof bin Md. Haslam Khan,

    Pengarah Urusan, Skop Productions Sdn. Bhd.

     

    12. YBrs. Profesor Dr. Mohamed Hatta Shaharom,

    Dekan Pengasas & Pakar Psikiatri, Fakulti Perubatan, Cyberjaya University College of Medical Sciences

     

    13. YBrs. Tuan Nasharudin Mat Isa,

    Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Pergerakan Kesederhanaan Global (GMMF)

     

    Ahli-Ahli PPO bagi sesi 15 Ogos 2016 - 14 Ogos 2017

    1. YBhg. Tan Sri Zaleha binti Zahari (Pengerusi),

    Mantan Hakim Mahkamah Persekutuan

     

    2. YBhg. Tan Sri Ismail bin Omar,

    Mantan Ketua Polis Negara

     

    3. YBhg. Datuk Azizan bin Abdul Rahman,

    Pengerusi Malaysian Rating Corporation Berhad

     

    4.YBhg. Dato’ Dr. Siti Mariam binti Che Ayub,

    Mantan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan) Lembaga Hasil Dalam Negeri

     

    5.YBhg. Dato’ Selva Mookiah,

    Peguambela & Peguamcara di Selva Mookiah & Associates

     

    6.YBhg. Profesor Madya Dato’ Dr. Mohammad Agus bin Yusoff,

    Profesor Madya di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia

     

    7. YBrs. Profesor Dr. Yap Bee Wah,

    Profesor Madya di Fakulti Sains Komputer dan Matematik, Universiti Teknologi MARA

     

    SPRM yang diwujudkan pada tahun 2009 mempunyai lima badan bebas iaitu Jawatankuasa KhasMengenai Rasuah, Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah, PPO, Jawatankuasa Aduan dan PPPR.

     

    SPRM satu-satunya agensi penguatkuasaan di Malaysia mempunyai badan bebas yang bertindak sebagai mekanisme check and balance.

     

    SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

    PUTRAJAYA

    15 OGOS 2016

     Anggota Badan Bebas SPRM Dilantik Hari Ini PDF

     

     

  • Australia Mengalu-Alukan Kerjasama Dengan SPRM

     

    Australia Mengalu-Alukan Kerjasama Dengan SPRM

    Pesuruhjaya Tinggi Australia, Andrew Goledzinowski telah mengalu-alukan kerjasama dua hala bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam perbincangan yang diadakan semasa melakukan kunjungan hormat ke atas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dato’ Sri Mohd Shukri Abdull di ibu pejabat SPRM, Putrajaya semalam.

    Australia dan Malaysia mempunyai sejarah jalinan kerjasama yang erat dan dalam pertemuan itu juga, SPRM mengalu-alukan saranan Australia untuk berkongsi pengalaman serta amalan dalam membaik pulih agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam rasuah dan salah guna kuasa.

    Shukri juga telah memaklumkan kepada Goledzinowski bahawa siasatan 1MDB SPRM setakat ini tidak mendedahkan penglibatan Australia dalam skandal tersebut. Andrew juga telah memberi jaminan sekiranya siasatan mendapati penglibatan Australia dalam kes 1MDB, Suruhanjaya Tinggi Australia sedia memberi kerjasama kepada SPRM dan Polis Diraja Malaysia.

    Andrew turut diiringi oleh timbalan beliau, Michael Growder; Kaunselor Politik, Nicole Campion; Polis Persekutuan Australia, Sally Macdonald, Penolong Setiausaha DFAT, Jeremy Bruer dan Setiausaha Politik 1, Jane Bartlett.

    Manakala SPRM pula diwakili oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dato’ Sri Mohd. Shukri Abdull bersama Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Dato’ Sri Azam Baki; Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Dato’ Shamshun Baharin Mohd Jamil serta Pengarah Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan, Dato’ Nor Azmi Karim.

    SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
    & SURUHANJAYA TINGGI AUSTRALIA
    PUTRAJAYA
    28 JUN 2018

  • Dato' Simi Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Baharu

    Dato' Simi Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Baharu

    Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor, Dato’ Simi Abd. Ghanidilantik sebagai Pengarah Bahagian Siasatan SPRM baharu berkuat kuasa 3 Januari 2017.

    Pelantikan beliau adalah untuk menggantikan Dato' Azam Baki yang dilantik sebagai TimbalanKetua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM pada 4 Oktober 2016.

    Dato' Simi menyertai SPRM pada 16 Jun 1983 sebagai Pegawai Siasatan di Ibu Pejabat Badan Pecegah Rasuah (BPR).

    Beliau dilantik sebagai Pengarah BPR Sarawak pada 1 Disember 2004 sebelum memegangjawatan sebagai Pengarah BPR Pahang 16 Julai pada 2006.

    Pada 1 Januari 2008, Dato' Simi memegang jawatan sebagai Pengarah BPR Johor dan dilantik sebagai Pengarah SPRM Selangor pada 2014 sebelum kembali menjadi Pengarah SPRM Johor pada 15 Mac 2016.

     

    SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

    PUTRAJAYA

    3 JANUARI 2017

    Dato' Simi Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Baharu  PDF
  • Dzulkifli Mahu Masyarakat Cina Sokong SPRM

    Dzulkifli mahu masyarakat cina sokong SPRM

    MASYARAKAT Cina diharap memberi sokongan dan dokongan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam usaha memerangi rasuah dan salah guna kuasa di negara ini agar gejala negatif tersebut dapat diatasi dengan lebih menyeluruh.

    Hasrat tersebut disampaikan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad ketika mengadakan kunjungan dan pertemuan bersama anggota Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong) di Menara Hua Zong, hari ini.

    Menurut beliau, masalah rasuah di negara ini semakin serius yang mana usaha pencegahan perlu dilakukan dengan penglibatan setiap pihak, termasuk masyarakat Cina.

    "Isu rasuah dan salah guna kuasa merupakan isu negara dan semua pihak perlu bekerjasama dengan SPRM dalam memerangi gejala negatif tersebut.

    "Kami mahu semua rakyat, termasuk masyarakat Cina memberi sokongan dan dokongan kepada SPRM kerana dengan tenaga kerja sedia ada, kami tidak mampu memerangi kegiatan rasuah dan salah guna kuasa tanpa bantuan daripada semua pihak," katanya ketika memberi ucapan pada sesi pertemuan bersama anggota Hua Zong.

    Kunjungan disertai 10 pegawai SPRM yang diketuai Dzulkifli itu disambut oleh Presiden Hua Zong, Tan Sri Pheng Yin Huah bersama 10 anggota pertubuhan itu.

    Hadir bersama ialah Ketua Staf Pejabat Eksekutif Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dato' Norazlan Mohamad Razali, Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Dato' Abdul Samat Kasah dan Pengarah Bahagian Pengurusan Integriti Agensi SPRM, Dato' Junipah Wandi.

    Kata Dzulkifli lagi, masyarakat Cina perlu berani menyalurkan maklumat berkaitan rasuah dan salah guna kuasa kepada SPRM bagi memastikan negara kita bersih daripada belenggu rasuah.

    "Kami berharap Hua Zong boleh sampaikan mesej dan hasrat kami kepada masyarakat Cina supaya laporkan kegiatan rasuah dan salah guna kuasa kerana maklumat berkenaan amat penting bagi kami untuk mengambil tindakan sewajarnya," ujar beliau.

    Dalam pertemuan selama dua jam setengah tersebut, kedua-dua pihak sempat berkongsi maklumat mengenai isu-isu rasuah dan salah guna kuasa yang timbul dalam sektor perniagaan menerusi sesi dialog yang diadakan.

    Pada masa yang sama, kedua-dua pihak juga berbincang mengenai langkah-langkah pencegahan serta perancangan jangka masa panjang bagi mengeratkan hubungan kerjasama antara SPRM dan Hua Zong yang terjalin sebelum ini.

    Bersempena dengan pertemuan itu juga, Yin Huah turut mewakili seluruh anggota Hua Zong untuk menyerahkan memorandum kepada Dzulkifli.

    SPRM akan sentiasa memberi bantuan kepada Hua Zong dalam usaha memerangi kegiatan rasuah dan salah guna kuasa agar sektor perniagaan bersih daripada gejala negatif itu.

    SPRM juga berharap dengan kerjasama erat yang terjalin tersebut, isu-isu rasuah dan salah guna kuasa dalam sektor perniagaan dapat ditangani dengan lebih berkesan dan menyeluruh.

    SURUHANJAYAPENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

    PUTRAJAYA

    7 OGOS 2017

     Dzulkifli mahu masyarakat cina sokong SPRM PDF
  • Enam Pegawai Kanan SPRM Ditukar Negeri Dan Bahagian

    SERAMAI enam pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditukar negeri dan bahagian berkuat kuasa 15 Mac ini.

    Pengarah SPRM Selangor, Dato’ Simi Abd. Ghani dilantik sebagai Pengarah SPRM Johor dan tempat beliau di SPRM Selangor akan diganti oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Integriti Agensi (BPIA), Dato’ Norazlan Razali.

    Dato’ Moh Samsudin Yusoff, yang memegang jawatan sebagai Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan Putrajaya pula dilantik menjadi Pengarah SPRM Kelantan bagi menggantikan Datuk Haji Abd. Aziz Aban yang akan mengambil alih jawatan Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan Putrajaya.

    Sementara itu, Pengarah Bahagian Urus Tadbir Sektor Awam, Junipah Wandi dilantik sebagai Pengarah BPIA baharu manakala Dato’ Azmi Alias yang merupakan Timbalan Pengarah SPRM Johor pula dilantik sebagai Pengarah SPRM Melaka.

     

    SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

    PUTRAJAYA

    8 MAC 2016

    Enam Pegawai Kanan SPRM Ditukar Negeri Dan Bahagian  pdf

     

     

  • Gnanaraja Ditahan Untuk Pendakwaan

     

    Gnanaraja Ditahan Untuk Pendakwaan

     

    SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini telah menahan seorang ahli perniagaan, G. Gnanaraja berhubung siasatan pengubahan wang haram setelah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara.

    Penahanan itu dibuat pada kira-kira pukul 11.40 pagi di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya, hari ini. Susulan itu, Gnanaraja akan menghadapi beberapa pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

    Gnanaraja akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 8 April 2019, pukul 8.30 pagi untuk pertuduhan tersebut.

     

    SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
    PUTRAJAYA

    7 APRIL 2019

     

     Gnanaraja Ditahan Untuk Pendakwaan PDF

     

  • Hanya Individu Didapati Bersalah Disenaraikan Dalam 'Name And Shame'

    Hanya Individu Didapati Bersalah Disenaraikan Dalam  'Name And Shame'

     

    BERHUBUNG kenyataan Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang supaya meletakkan nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pangkalan data 'Name and Shame' Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), SPRM ingin menjelaskan bahawa hanya individu yang didapati bersalah oleh mahkamah akan dimasukkan dalam senarai tersebut.

     

    Pangkalan data itu diwujudkan untuk menyenaraikan nama mereka yang telah didapati bersalah dalam kes rasuah, bukannya mereka yang sedang disiasat.

     

    SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

    PUTRAJAYA

    4 JANUARI 2016

     

    Hanya Individu Didapati Bersalah Disenaraikan Dalam 'Name And Shame'   
  • Isu Banglo: SPRM Tahan Lim Guan Eng Dan Phang Li Khoon

     

    Isu Banglo: SPRM Tahan Lim Guan Eng Dan Phang Li Khoon

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melaksanakan tangkapan ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Lim Guan Eng dan ahli perniagaan wanita, Phang Li Khoon setelah mendapat arahan dari Pejabat Peguam Negara untuk menuduh mereka di mahkamah esok.

    Guan Eng telah ditahan di pejabatnya di Tingkat 28 Bangunan Komtar pada pukul 5.45 petang sementara Li Khoon ditahan pada pukul 4.15 petang di pejabatnya di Tingkat 6, Penang Garden, hari ini.

    SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

    29 JUN 2016

    PULAU PINANG

    Isu Banglo: SPRM Tahan Lim Guan Eng Dan Phang Li Khoon  PDF
  • Isu Bauksit: Empat Ditahan Reman Bagi Membantu Siasatan SPRM

    Isu Bauksit: Empat Ditahan Reman Bagi Membantu Siasatan SPRM

     

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memperoleh perintah tahanan reman ke atas empat individu bagi membantu siasatan berhubung pemalsuan dokumen yang dipercayai ada kaitan dengan perlombongan bauksit secara haram di Pahang.

    Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Putrajaya.

    Majistret Eric Lau membenarkan mereka ditahan reman selama empat hari bermula hari ini.

    Mereka yang ditahan terdiri daripada seorang bekas pegawai kanan Jabatan Mineral dan Geosains Pahang, yang kini merupakan ahli perniagaan berpangkat Datuk.

    Turut ditahan reman pegawai kanan Jabatan Mineral dan Geosains Pahang, wakil syarikat perlombongan dan seorang pekerja syarikat perlombongan.

    Kesemua mereka yang ditahan reman berumur antara 30-an dan 50-an.

    Tiga antara mereka ditahan di Pahang manakala seorang lagi di Putrajaya.

     

    SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

    PUTRAJAYA

    21 JANUARI 2016

    Isu Bauksit: Empat Ditahan Reman Bagi Membantu Siasatan SPRM PDF
  • Isu bauksit: SPRM Tahan Tiga Lagi Individu

    Isu bauksit: SPRM Tahan Tiga Lagi Individu

     

    Susulan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menangani isu perlombongan bauksit tidak terkawal dan ketirisan hasil kerajaan di Pahang, SPRM telah menahan tiga lagi individu termasuk seorang wanita, yang dipercayai terlibat dalam pembayaran wang rasuah bagi melindungi pelombongan bauksit secara haram.

     

    Mereka ditahan semalam, 8 Januari 2016.

     

    Ketiga-tiga individu terbabit ditahan secara berasingan di sekitar Kuantan antara pukul 4 petang hingga 11.55 malam.

     

    Kesemua mereka yang berusia antara 44 dan 50 tahun itu merupakan orang awam. Mereka dipercayai berperanan sebagai orang tengah dalam aktiviti penjualan dokumen pemindahan bijih mineral atau Borang 13D secara haram kepada pelombong-pelombong tidak berlesen.

     

    Mereka kini ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

     

    SPRM masih giat menjalankan siasatan bagi mengesan mereka yang terbabit dalam jenayah rasuah sehingga menyebabkan berlakunya kegiatan perlombongan haram dan ketirisan yang dianggarkan bernilai RM187 juta dari segi hasil kutipan royalti tahun lalu.

     

    SPRM turut menyeru orang ramai agar memberi maklumat kepada SPRM berhubung individu yang terlibat memberi serta menerima rasuah dalam isu perlombongan bauksit secara haram.

     

    DATO' AZAM BAKI

    PENGARAH SIASATAN

    SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

    9 JANUARI 2016

     

    /images/ISU-BAUKSIT-SPRM-TAHAN-TIGA-LAGI-INDIVIDU.pdf pdf
  • Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah Sambut Baik Keputusan SPRM Bentuk Panel Khas Berkaitan Kes SRC International Dan Dana RM2.6 Bilion

    Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah Sambut Baik Keputusan SPRM Bentuk Panel Khas Berkaitan Kes SRC International Dan Dana RM2.6 Bilion

     

    JAWATANKUASA Khas Mengenai Rasuah (JKMR) menyambut baik keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah menerima syor JKMR, yang dibuat dalam Laporan Tahunan 2014 dan diedarkan kepada Ahli-ahli Parlimen pada 1 Disember 2015, agar penemuan dan hasil siasatan kes-kes khas berprofil tinggi dibentangkan kepada satu panel bebas khas sebelum laporan siasatan dikemukakan kepada Peguam Negara untuk keputusan muktamad.

    SPRM juga telah mengadakan pertemuan dengan saya baru-baru ini dan telah memaklumkan bahawa SPRM akan menubuhkan panel bebas khas yang dimaksudkan, demi kepentingan ketelusan siasatan dan bagi menunjukkan SPRM betul-betul bebas dan profesional dalam menjalankan siasatan.

    Berdasarkan maklumat yang diterima daripada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Y.Bhg Tan Sri Abu Kassim Mohamed, Pengurusan Tertinggi SPRM yang bermesyuarat pada 22 Disember 2015 juga telah mencapai persetujuan berkenaan pelantikan ahli-ahli panel bebas khas ini, yang terdiri daripada kalangan profesional dan tidak terlibat dalam parti politik. Sebagaimana disyorkan oleh JKMR, panel bebas khas ini terdiri daripada lima ahli, yang merupakan anggota tiga daripada lima badan bebas yang memantau perjalanan SPRM.

    Panel bebas khas ini akan melihat dengan teliti segala penemuan siasatan dan syor yang dibuat oleh SPRM berkenaan dengan kes SRC International dan dana RM2.6 bilion dalam kertas siasatan.

    Panel bebas khas ini akan memastikan cadangan yang dibuat dalam laporan siasatan adalah atas merit bukti yang dikutip oleh SPRM.

    Selain itu, ia bertujuan untuk memastikan siasatan SPRM adalah telus. JKMR yakin pengwujudan panel bebas khas ini, yang julung kali dibentuk, akan menangkis kemungkinan tanggapan atau persepsi negatif terhadap SPRM yang sentiasa menjalankan siasatan dengan bebas, telus dan profesional.

    Malah, JKMR berpendirian langkah ini penting memandangkan siasatan semasa yang dikendalikan oleh SPRM melibatkan kes khas berprofil tinggi.

    JKMR juga memberi jaminan pembentukan panel khas ini tidak sama sekali mencabar dan menjejaskan segala kuasa Peguam Negara yang ada di bawah Perlembagaan Persekutuan dalam membuat keputusan kerana peruntukan perundangan itu tetap terpelihara.

    TAN SRI ABU ZAHAR UJANG

    PENGERUSI JAWATANKUASA KHAS MENGENAI RASUAH,

    BADAN BEBAS YANG MEMANTAU PERJALANAN SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA 29 DISEMBER 2015

       
  • Kenyataan Media KP Berhubung Laporan Lokman Adam

     Kenyataan Media KP Berhubung Laporan Lokman Adam

    INI adalah sebagai respon kepada beberapa pertanyaan pihak media berkenaan suatu laporan yang telah dibuat oleh Datuk Lokman Adam kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dengan dakwaan terhadap seorang Menteri Kanan Kabinet.

    SPRM akan menyiasat semua laporan secara profesional dan tidak berpihak kepada sesiapa. Siasatan bagi kes ini akan dikendalikan di bawah timbalan saya serta pasukan siasatan beliau.

    Saya tidak akan terlibat dalam apa-apa cara, sama ada siasatan atau membuat keputusan.

     

    LATHEEFA KOYA

    KETUA PESURUHJAYA

    SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

    PUTRAJAYA

    12 JUN 2019

     

     

    Kenyataan Media Berhubung Laporan Lokman Adam

    PDF

     

  • Kerajaan Negeri Perak Tandatangani IBR Bersama SPRM

    Kerajaan Negeri PerakTandatangani IBR Bersama SPRM

    Kerajaan Negeri Perak hari ini menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) atau Corruption Free Pledge yang diperkenalkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menjalankan tugas-tugas yang telah diamanahkan dengan ikhlas, telus serta bersih daripada sebarang anasir rasuah dan salah guna kuasa.

    Pada majlis tersebut, Menteri Besar Perak, Dato' Seri Dr. Zambry Abd. Kadir mendahului upacara menandatangani IBR yang disertai sembilan Exco dan tiga ex-officio.

    Majlis yang berlangsung di bilik mesyuarat, pejabat Menteri Besar Perak itu disaksikan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad.

    Inisiatif ini sekali gus memperlihatkan kesungguhan Kerajaan Negeri Perak bagi memastikan pentadbirannya dilaksanakan dengan lebih telus serta bebas.

    Dengan menandatangani IBR, kerajaan negeri memperlihatkan kepimpinan melalui teladan selain menunjukkan sokongan yang padu kepada inisiatif-inisiatif yang dilakukan oleh SPRM.

    SPRM berharap inisiatif ini dapat menyekat perbuatan atau penglibatan dalam rasuah dan salah guna kuasa di peringkat tertinggi pentadbiran negeri lagi.

    IBR merupakan satu usaha yang diperkenalkan oleh SPRM yang mana ia menekankan kepada ikrar serta janji dalam kapasiti sebagai individu oleh mereka yang terlibat bagi menjunjung tanggungjawab untuk menghindari diri daripada terlibat dengan sebarang gejala rasuah dan salah guna kuasa sepanjang melaksanakan tugas.

    Ini adalah kerana rakyat sering memerhati, menguji dan menilai perjalanan pentadbiran institusi perkhidmatan awam.

    Oleh yang demikian, setiap jentera pentadbiran kerajaan perlu mencerminkan wajah institusi yang bersih dan bebas daripada sebarang anasir rasuah.

    SPRM juga berharap negeri-negeri lain akan turut mengambil inisiatif untuk menandatangani IBR bagi menunjukkan komitmen pihak pentadbiran dalam menangani isu rasuah dan salah guna kuasa.

    SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

    PERAK

    29 MAC 2017

     Kerajaan Negeri Perak Tandatangani IBR Bersama SPRM PDF
  • Kes Rasuah Bekas Exco Johor : SPRM Akan Kemuka Rayuan Ke Mahkamah Tinggi

     

     Kes Rasuah Bekas Exco Johor :  SPRM Akan Kemuka Rayuan Ke Mahkamah Tinggi  

     

    SUSULAN keputusan Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini melepas dan membebaskan tanpa dipanggil membela diri bekas EXCO Johor, Datuk Abd Latif Bandi bersama dua individu lain daripada 37 pertuduhan rasuah serta kes Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) berjumlah lebih RM30 juta, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengemukakan rayuan ke Mahkamah Tinggi hasil perbincangan bersama Timbalan Pendakwa Raya. 

     

    Tindakan tersebut akan dilakukan sebelum tempoh 14 hari seperti yang telah ditetapkan oleh mahkamah.   

     

    SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

    PUTRAJAYA 

    21 APRIL 2019

     

     

     Kes Rasuah Bekas Exco Johor :  SPRM Akan Kemuka Rayuan Ke Mahkamah Tinggi 

    PDF
TOP

Visitor Statistic


Today
46
Yesterday
48
Week
94
Month
597

All
3428762