KUALA LUMPUR - Bekas Pembantu Teknik Telekom Malaysia Berhad menghadapi sepuluh pertuduhan menerima suapan sejumlah RM53,370.00 di Mahkamah Sesyen Jenayah Rasuah Jalan Duta hari ini.

Mohd Ezzwan Bin Mohd Arshad,37 didakwa melakukan sepuluh kesalahan dibawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 apabila membabitkan kesalahan memperoleh suapan yang diterima melalui akaun ahli keluarganya.

Pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan kesalahan pada 20 Mei 2010, di Maybank Cawangan Desa Panda, Cheras, Kuala Lumpur apabila telah secara rasuah memperoleh suapan melalui akaun bank sebanyak RM 5,390.00 daripada Syarikat Q Intell Sdn Bhd sebagai upah untuk memberikan kerja-kerja pemasangan talian internet Streamyx di Negeri Johor kepada syarikat tersebut.

Pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan kesalahan pada 31 Mei 2010 di Maybank Cawangan Desa Pandan, apabila secara rasuah memperoleh sejumlah RM 4,677.50 daripada Syarikat Q Intell Sdn Bhd sebagai upah untuk memberikan kerja-kerja pemasangan talian internet Streamyx di Negeri Johor kepada syarikat tersebut.

Pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa melakukan kesalahan pada 17 Jun 2010, di Maybank Cawangan Desa Panda, Cheras, Kuala Lumpur apabila telah secara rasuah memperoleh suapan melalui akaun bank sebanyak RM 5, 019.00 daripada Syarikat Q Intell Sdn Bhd sebagai upah untuk memberikan kerja-kerja pemasangan talian internet Streamyx di Negeri Johor kepada syarikat tersebut.

Pertuduhan keempat, tertuduh didakwa melakukan kesalahan pada 23 Jun 2010, di Maybank Cawangan Desa Pandan, Cheras, Kuala Lumpur apabila telah secara rasuah memperoleh suapan melalui akaun bank sebanyak RM 5, 457.00 daripada Syarikat Q Intell Sdn Bhd sebagai upah untuk memberikan kerja-kerja pemasangan talian internet Streamyx di Negeri Johor kepada syarikat tersebut.

Pertuduhan kelima, tertuduh didakwa melakukan kesalahan pada 19 Julai 2010, di Maybank Cawangan Desa Pandan, Cheras, Kuala Lumpur apabila telah secara rasuah memperoleh suapan melalui akaun bank sebanyak RM 5, 297.00 daripada Syarikat Q Intell Sdn Bhd sebagai upah untuk memberikan kerja-kerja pemasangan talian internet Streamyx di Negeri Johor kepada syarikat tersebut.

 

Lampiran                                     Tarikh
Bekas Pembantu Teknik Telekom Didakwa 21/09/2012
TOP

Visitor Statistic


Today
4
Yesterday
48
Week
4
Month
413

All
3430036