Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor hari ini menahan enam lagi apan daripada pembekal dan bersubahat memalsukan dokumen tuntutan bekalan dan pembayaran program Pinjaman Induk Tanpa Faedah (PINTAF). Seorang yang ditahan hari ini adalah wanita, yang merupakan pegawai kanan Koperasi Kakitangan Veterinar Johor Berhad. Turut ditahan Pembantu Veterinar gred H 11 dan G17. Kesemua yang ditahan hari ini berumur dalam lingkungan 20-an sehingga 50-an, melibatkan pegawai dan kakitangan Pejabat Veterinar Daerah Segamat. Mereka ditahan di Segamat dan kemudian dibawa ke SPRM Segamat untuk diambil keterangan. Jumlah itu menjadikan 12 orang telah ditahan oleh SPRM setakat hari ini. Kesemua mereka termasuk dua wanita telah dilepaskan selepas diambil keterangan. dua orang masing-masing seorang ditahan kelmarin dan 1 April lalu menjadikan jumlah tangkapan pada hari ini seramai 12 orang. Mereka disiasat di bawah Seksyen 17(a) dan Seksyen 18 Akta SPRM 2009. Program PINTAF yang memperuntukkan RM3 juta merupakan program Jabatan Perkhidmatan Veterinar bagi menyalurkan bantuan aktiviti pembangunan ternakan. Ia merupakan satu pinjaman tanpa faedah. Dianggarkan lebih 150 penternak di Johor Bahru sepatutnya mendapat bantuan dari program PINTAF. Maklumat yang diterima SPRM menunjukkan ramai tidak menerima bantuan sewajarnya. AZMI ALIAS
PENGARAH SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA JOHOR
21 APRIL 2015

Lampiran Tarikh
Ops Tanduk: SPRM Johor Tahan Enam Lagi Termasuk Pegawai Kanan Koperasi Kakitangan Veterinar 21/04/2015
TOP

Visitor Statistic


Today
25
Yesterday
48
Week
119
Month
25

All
3435738