Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil kesemua 153 pemilik kenderaan diklon, yang telah disita dalam operasi bersama SPRM dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Terengganu baru-baru ini, untuk diambil keterangan. Pemilik-pemilik terbabit kebanyakannnya tinggal di Terengganu dan juga di Kelantan. Mereka akan dipanggil dalam tempoh dua minggu ini untuk membantu siasatan berhubung pemilikan kenderaan tanpa dokumen yang sah. SPRM memberi peringatan kepada mereka yang telah membeli atau terbeli kenderaan lusuh dari Singapura dan menggunakan secara tidak sah supaya dengan segera menyerahkan kenderaan masing-masing kepada mana-mana Pejabat SPRM terdekat. Tindakan memiliki kenderaan seperti ini adalah satu kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 dan Akta Pengangkutan Jalan 1987. SPRM dan JPJ akan menjalankan operasi besar-besaran bagi mengesan kenderaan-kenderaan yang telah diklon dan, pemilik kenderaan yang dikesan selepas ini akan terus ditahan untuk tujuan soal siasat. SPRM dan JPJ percaya masalah yang sama wujud di negeri-negeri lain. Dalam pada itu, Pejabat SPRM Negeri Sembilan telah menerima dua kenderaan yang diserahkan oleh pemilik secara sukarela. Pada minggu lalu, SPRM Negeri Sembilan telah menahan tujuh individu dan menyita 14 buah kenderaan mewah pelbagai jenama bernilai lebih RM1.5 juta yang dipercayai diseludup dari negara jiran. SPRM Negeri Sembilan juga telah menahan seorang lagi individu iaitu kelmarin, dipercayai anggota sindiket, untuk membantu siasatan. Lelaki terbabit yang berusia 26 tahun telah dilepaskan selepas diambil keterangan.
DATUK AZAM BAKI
PENGARAH PERISIKAN
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
22 APRIL 2015

Lampiran Tarikh
 SPRM Akan Panggil Kesemua 153 Pemilik Kenderaan Diklon Untuk Diambil Keterangan  22/04/2015
TOP

Visitor Statistic


Today
20
Yesterday
53
Week
275
Month
934

All
3444244