KUANTAN - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang hari ini membuat pertuduhan ke atas seorang penjawat awam di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan kerana menerima suapan.

Tertuduh Mustafa bin Musa, 49 tahun yang menghadapi dua (2) pertuduhan, merupakan Renjer Hutan di Pejabat Hutan Bukit Betong, Lipis, Pahang.

Tertuduh pada 9.6.2010 dan 21.10.2010, dikatakan telah memperoleh suapan wang tunai masing-masing RM5,000.00 dengan tiada balasan daripada pengadu, yang mana tertuduh ketahui ada hubungan rasmi dengan tertuduh.

Pertuduhan dijalankan oleh Timbalan Pendakwaraya Puan Syafinas binti Shabudin di hadapan Hakim Puan Fathiyah Bt Idris manakala tertuduh diwakili oleh peguambela Mura Raju & Co. Tertuduh tidak mengaku salah dan minta dibicarakan. Hakim menetapkan bon jaminan sebanyak RM7000 dengan seorang penjamin dan tarikh Pre-Trial Conference ditetapkan pada 04 Februari 2013.

Sekiranya disabitkan bersalah, tertuduh boleh dipenjarakan selama tempoh dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

 

Lampiran Tarikh
Renjer Hutan Dituduh Terima Suapan Wang Tunai Berjumlah RM10,000 07/01/2013
TOP

Visitor Statistic


Today
3
Yesterday
47
Week
144
Month
50

All
3435763