Putrajaya, 4 Dis. – Bahagian Kecemerlangan dan Profesionalsime (BCP) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menganjurkan Program Sambutan Ceramah Maulidur rasul baru-baru ini.

Program ini telah berlangsung di surau Ibu Pejabat SPRM pada Jumaat lalu dan telah dihadiri seramai 80 pegawai dan kakitangan SPRM. Program ini telah menampilkan penceramah jemputan iaitu Ustaz Amer Nor Hezam dengan tajuk “Rasulullah Pembawa Rahmat Sekelian Alam”.

Majlis perasmian penutup program ini telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan & Profesionalisme) SPRM, Dato’ Ja'afar Mahad.

Turut hadir Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Dato’ Shamshun Baharin Mohd Jamil.

 

TOP

Visitor Statistic


Today
16
Yesterday
48
Week
255
Month
255

All
3438857