PUTRAJAYA, 30 Sept – Program Kembara Jelajah Anti-Rasuah (KEJAR) 2017 melabuhkan tirai hari ini dengan perjalanan yang bermula dari Perak dan bersinggah di kota Kuala Lumpur sebelum menamatkan kembara 13 hari di Putrajaya.

Dalam perjalanan pulang ke ibu pejabat SPRM di Presint 7, konvoi KEJAR sempat bersinggah ke R&R Tapah bagi menyebarluas mesej anti-rasuah dengan pengedaran risalah dan pamplet pencegahan rasuah. Di R&R ini juga, mesej-mesej anti-rasuah dipaparkan di atas meja-meja dan dinding untuk tatapan ramai.

Seterusnya perjalanan diteruskan di Menara Kuala Lumpur, di mana ketibaan konvoi disambut oleh pegawai-pegawai SPRM Kuala Lumpur. Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Pengarah SPRM KL kemudian menyerahkan Ikrar Rakyat Perangi Rasuah kepada Ketua Pesuruhjaya, Tan Sri Dzulkifli Ahmad.

Di mercu tanda ibu negara ini juga telah berlangsung acara base jumping antarabangsa yang turut disaksikan oleh peserta konvoi KEJAR.

Konvoi KEJAR seterusnya berlepas ke garis tamat program iaitu di kompleks pejabat SPRM yang baharu di Presint 7, di mana ketibaan mereka disambut oleh pegawai-pegawai SPRM dari ibu pejabat dan negeri.

Bagi menyambut ketibaan konvoi yang selamat menjelajah seluruh Semenanjung Malaysia ini, satu majlis kesyukuran telah diadakan di Masjid Putra, yang turut diadakan bersempena kesyukuran ulangtahun ke-50 SPRM pada 1 Oktober.  

TOP

Visitor Statistic


Today
19
Yesterday
48
Week
258
Month
258

All
3438860