KUANTAN: 04 Januari 2013- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang hari ini membuat pertuduhan ke atas seorang penjawat awam di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan kerana menerima suapan

wang tunai.

Tertuduh Mazzalan bin Muhammad, 54 tahun yang menghadapi dua (2) pertuduhan, merupakan Penolong Penguatkuasa di Pejabat Perdagangan Dalam negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kuantan. Tertuduh pada tarikh antara 16 November 2009 hingga 9 Mei 2010 dan pada tarikh antara 8 Ogos 2010 hingga 15 November 2010, dikatakan telah memperoleh suapan wang tunai masing-masing RM31,633.90 dan RM1,637.60, dengan tiada balasan daripada seorang awam, yang mana tertuduh ketahui ada hubungan rasmi dengan tertuduh.

Pertuduhan dijalankan oleh Timbalan Pendakwaraya Puan Syafinas binti Shabudin di hadapan Hakim Puan Fathiyah Bt Idris manakala tertuduh tidak diwakili oleh mana-mana peguam. Tertuduh tidak mengaku salah dan

minta dibicarakan. Hakim menetapkan bon jaminan sebanyak RM3,000.00 dengan seorang penjamin dan tarikh sebutan semula kes dengan kehadiran peguam ditetapkan pada 18 Januari 2013.

Sekiranya disabitkan bersalah, tertuduh boleh dipenjarakan selama tempoh dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

 

Lampiran Tarikh
Penolong Penguatkuasa KPDNKK Dituduh 07/01/2013
TOP

Visitor Statistic


Today
5
Yesterday
47
Week
146
Month
52

All
3435765