SHAH ALAM, 11 Mei – Jabatan Belia & Sukan (JBS) Negeri Selangor meneruskan usaha memerangi rasuah dan meningkatkan integriti di kalangan belia dan dalam arena sukan melalui inisiatif Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang ditandatangani hari ini.

Majlis lafaz IBR yang diadakan di Bilik Mesyuarat JBS itu diketuai oleh Tuan Mohd Nor Bin Md Saad, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Selangor dan disaksikan oleh Dato’ Wan Ramli bin Wan Abdullah, Pengarah SPRM Selangor. Kehadiran seramai 60 orang pegawai dan kakitangan JBS Negeri Selangor pada program ini merupakan satu manifestasi kepada sokongan dan komitmen berterusan untuk menjadikan negara bebas daripada belenggu jenayah rasuah dan salah guna kuasa. Dalam ucaptama Pengarah SPRM Selangor, telah meminta sokongan padu warga kerja JBS dalam menyokong mengisytiharkan rasuah dan salah guna kuasa sebagai musuh nombor satu negara. Disamping itu, kerjasama strategik antara kedua pihak akan diperkukuhkan dengan mengadakan program-program pencegahan rasuah termasuk penghasilan Pelan Strategik Pencegahan Rasuah bagi memastikan JBS Negeri Selangor bebas rasuah seterusnya menghasilkan perkhidmatan berteraskan tadbir urus yang tinggi.

TOP

Visitor Statistic


Today
45
Yesterday
56
Week
168
Month
770

All
3440826