TEMERLOH, 5 Mei - Seramai 20 orang Ketua-ketua Bahagian Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) dan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Temerloh yang diketuai oleh Yang Dipertua MPT Encik Azlan Bin Mohd Yaman dan Pegawai Daerah PDT Temerloh Dato’ Mohd Fadzli Bin Mohd Kenali telah melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dengan disaksikan oleh YB. Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Sri Muhammad Safian Bin Ismail dan Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Pahang, PKPj Jamaluddin Bin Puteh.

Majlis yang diadakan di Dewan Tun Razak Temerloh, telah disertai oleh lebih kurang 400 orang kakitangan MPT dan PDT Temerloh yang turut melafaz Ikrar Bebas Rasuah sebagai tanda penghayatan integriti yang bersemarak dan membenci rasuah. MPT dan PDT Temerloh merupakan Daerah ketiga yang melaksanakan IBR selepas PDT Rompin yang diadakan pada 21 Februari 2017 dan Pejabat Daerah dan Tanah Lipis yang diadakan pada 07 April 2017.

Dato’ Sri Muhammad Safian Bin Ismail dalam ucapan beliau memuji usaha-usaha yang dilaksanakan oleh SPRM dan beliau turut memberi peringatan kepada setiap yang hadir untuk benar-benar menghayati lafaz ikrar itu serta menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai penjawat awam dengan lebih berintegriti.

TOP

Visitor Statistic


Today
21
Yesterday
48
Week
117
Month
366

All
3440422