• SPRM Terima Aduan Berkaitan Pembelian Rumah Oleh Ketua Menteri Pulau Pinang

    SPRM Terima Aduan Berkaitan Pembelian Rumah Oleh Ketua Menteri Pulau Pinang

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang hari ini telah menerima aduan berkaitan isu pembelian rumah banglo oleh Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng,beralamat No 25 Jalan Pinhorn Pulau Pinang dan keterangan pengadu berhubung isu ini turut dirakam.

    SPRM ingin menjelaskan bahawa kes berkaitan pembelian rumah ini merupakan pendedahan baharu dan SPRM tidak pernah membuka fail sebelum ini.

    Siasatan SPRM sebelum ini hanya berkaitan penyewaan rumah berkenaan dan bukan pembelian.

    SPRM yang sentiasa berpegang pada prinsip bebas, profesional dan telus, memberi jaminan akan menyiasat setiap aduan dan maklumat yang ada unsur rasuah tanpa pilih kasih.

     

    SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

    PUTRAJAYA

    18 MAC 2016

       PDF
TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
39
Semalam
50
Minggu Ini
138
Bulan Ini
1219

Keseluruhan
3447583