• SPRM Beri Amaran, Berhenti Ugut Pegawai SPRM

    SPRM Beri Amaran, Berhenti Ugut Pegawai SPRM

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberikan amaran tegas kepada individu yang cuba mengugut pegawai-pegawai kanan SPRM dengan menghantar peluru hidup serta nota berbaur ugutan ke rumah mereka.

    Saya mahu mereka yang terbabit menghentikan perbuatan itu kerana tindakan pengecut sedemikian tidak akan sama sekali melemahkan semangat pegawai-pegawai SPRM daripada melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada kami.

    Malahan, perbuatan ugutan sedemikian hanya menyuntik lagi semangat kami untuk terus berjuang dalam memastikan hak masyarakat terbela daripada anasir-anasir rasuah dan salah guna kuasa di negara ini.

    Dua pegawai yang menerima bungkusan mengandungi peluru hidup dan nota berbaur ugutan itu telah membuat laporan polis dan SPRM akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis dalam siasatan itu.

    SPRM juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak polis atas tindakan pantas mewujudkan pasukan khas bagi menyiasat kejadian tersebut dan mengenalpasti mereka yang terlibat dalam perbuatan itu.

    TAN SRI DZULKIFLI AHMAD
    KETUA PESURUHJAYA
    SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
    PUTRAJAYA
    17 APRIL 2018

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
19
Semalam
47
Minggu Ini
162
Bulan Ini
813

Keseluruhan
3427424