• SPRM Junjung Kasih Titah Yang Di-Pertuan Agong

    SPRM Junjung Kasih Titah Yang Di-Pertuan Agong

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjunjung kasih titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-13 semalam yang menyentuh berkaitan isu penyelewengan, ketirisan, rasuah dan pembocoran maklumat kerajaan melibatkan penjawat awam dan bekas kakitangan kerajaan.

    SPRM menjunjung titah Seri Paduka sebagai satu cabaran dan berazam melaksanakan tugas dan tanggungjawab dalam memerangi rasuah dengan lebih komited dan efisien.

    Sebagai satu-satunya penguat kuasa yang dipertanggungjawabkan untuk memerangi rasuah di negara ini, SPRM akan memastikan titah Seri Paduka terlaksana sepenuhnya dan akan menjalankan tanggungjawab tersebut dengan menggunakan segala kemampuan yang ada.

    SPRM juga akan terus melipatgandakan usaha-usahanya untuk memerangi penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa serta membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan seiring dengan titah dan kehendak Seri Paduka.

    Sehubungan dengan itu, SPRM amat berharap agar semua rakyat Malaysia, khususnya keseluruhan jentera kerajaan dapat bersama-sama, tanpa kompromi, berganding bahu bersama SPRM dalam menjunjung dan melaksanakan titah Seri Paduka.

    DATUK DZULKIFLI AHMAD

    KETUA PESURUHJAYA

    SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

    PUTRAJAYA

    7 MAC 2017

    SPRM Junjung Kasih Titah Yang Di-Pertuan Agong  PDF

     

     

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
13
Semalam
47
Minggu Ini
319
Bulan Ini
1400

Keseluruhan
3447764