• Dzulkifli Angkat Sumpah Ketua Pesuruhjaya SPRM

    Dzulkifli Angkat Sumpah Ketua Pesuruhjaya SPRM

    YBhg. Datuk Dzulkifli Ahmad yang dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 1 Ogos lalu, mengangkat sumpah di hadapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah di Istana Negara, hari ini.

    Dzulkifli yang merupakan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang ke 12 tiba di Istana Negara kira-kira pukul 9 pagi. Majlis angkat sumpah tersebut adalah selari dengan Seksyen 5 (7) Akta SPRM 2009 yang mana setiap Ketua Pesuruhjaya yang dilantik perlu mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong.

    Selepas majlis tersebut, Dzulkifli turut menyertai sesi bergambar secara berkumpulan bersama Yang di-Pertuan Agong. Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Datuk Paul Low Seng Kuan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri YB Dato’ Razali Ibrahim, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Pengurusan & Professionalisme) Dato’ Sri Jamidan Abdullah, Pengarah Siasatan SPRM, Dato’ Azam Baki, Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Dato’ Shamshun Baharin Mohd Jamil dan Pengarah Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan, Idris Zaharudin.

    SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

    23 OGOS 2016

    PUTRAJAYA

     Dzulkifli Angkat Sumpah Ketua Pesuruhjaya SPRM PDF