• Pelantikan Abu Kassim Ke IACA, Pengiktirafan Kepada Kerajaan

     

    Pelantikan Abu Kassim Ke IACA, Pengiktirafan Kepada Kerajaan

    Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Abu Kassim Mohamed atas perlantikan beliau di International Anti Corruption Academy(IACA), sekaligus merupakan satu pengiktirafan kepada usaha Kerajaan Malaysia dalam membanteras rasuah.

    Tan Sri Abu Kassim berjaya menterjemahkan kepimpinannya ketika Badan Pencegah Rasuah dipertingkatkan menjadi sebuah suruhanjaya pada 2008 manakala beliau dilantik menerajui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 1 Januari 2010, iaitu dua tahun selepas Akta Pencegahan Rasuah Malaysia dikuatkuasakan.

    Sejak itu, SPRM dilihat berjaya melaksanakan pelbagai transformasi dan penambahbaikan struktur organisasi, penguatkuasaan serta pendidikan dalam melahirkan masyarakat serta jentera kerajaan yang lebih berintegriti.

    Perlantikan ini satu pengiktirafan kepada usaha Kerajaan Malaysia dan kepimpinan yang diterjemahkan Tan Sri Abu Kassim sepanjang khidmatnya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.

    Saya mengucapkan selamat maju jaya dan diharapkan Tan Sri Abu Kassim akan terus cemerlang melalui perlantikan di peringkat antarabangsa ini.

    TAN SRI DATUK DR. HADENAN ABDUL JALIL

    AHLI LEMBAGA PENASIHAT PENCEGAHAN RASUAH

    PUTRAJAYA

    24 JUN 2016

     Pelantikan Abu Kassim Ke IACA, Pengiktirafan Kepada Kerajaan pdf 
TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
40
Semalam
50
Minggu Ini
139
Bulan Ini
1220

Keseluruhan
3447584